Bertangas dilakukan
selepas mandi. Amalan ini penting supaya luka dan jahitan cepat sembuh.
Bahagian sulit juga akan lebih cepat kering dan ketat, mengecutkan rahim
serta otot-otot yang kembang dan akan mengelakkan daripada berlakunya
proplase ( keluar tombong ). Pelbagai ramuan boleh digunakan untuk
bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan tangas:
• • 9 keping asam gelugur
• • 2 camca besar garam jantan
• • 3 helai daun sirih ( Piper betel )
• • segenggam inai ( Lawsonia terma )
• • halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )
• • 3 biji manjakani
Cara-caranya :
Rebus
semua bahan bersama air sehingga mendidih. Angkat dan tangas selama
kira-kira 20 minit. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, ia
hendaklah dilakukan selama dua atau tiga kali sehari sehingga 44 hari.
Air yang sudah sejuk tidak perlu dibuang, sebaik-baiknya dijadikan
sebagai pencuci bahagian sulit.
LINK ASAL
11 July 2013
NOTA : PEMAKAIAN BENGKUNG
Sebelum
memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang
dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak
gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah
untuk mengurangkan rasa sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan
pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta
memulihkan keadaan kulit perut.
Selain
menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk
mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :-
• • segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu
atau lidah buaya)
• • halia (Zingiber Officinale) sebesar ibu jari
• • isi kunyit terus sebesar ibu jari
• • tiga ulas bawang putih (Allium Sativum)
• • asam jawa (Tamarindus Indica) sebesar bola
pingpong
• • secawan air kosong
• • periuk tembikar dan sudip
Cara membuatnya:
Masukkan
jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang
putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campurkan
dengan perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga
menggelegak.
Cara menyapu jadam:
Biarkan
jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu,
sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan
kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya pakailah bengkung
supaya lebih kemas.
9 July 2013
CORAT-CORET
Hai! Assalamualikum....wah2 dah habis setengah taun 2013 dah...ifa bru nak muncul...
bukan ap....bzy sikit...banyak perkara dah berlaku disekeliling ifa....ifa dah pon berkahwin dan sekarang tengah menunggu hari untuk melahirkan baby sulong...
berdebar sangat2..dlu berdebar nk kawen....sekarang berdebar nk melahirkan pulak...sedang melepasi fasa2 dalam berumahtangga...
dari segi pesiapan barang2 baby..alhamdulillah semuanya mencukupi...bersederhana sahaja..tidaklah terlalu bermewah2 seperti retis..(hehe)
ada x petua2 atau kwn2 yg sudi nk share pengalaman bersalin....nk jgk tahu....
ifa dri awal pregy hingga sekarang hbc tersangat lah rendah...

Subscribe to:
Posts (Atom)