Selain
menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk
mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :-
• • segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu
atau lidah buaya)
• • halia (Zingiber Officinale) sebesar ibu jari
• • isi kunyit terus sebesar ibu jari
• • tiga ulas bawang putih (Allium Sativum)
• • asam jawa (Tamarindus Indica) sebesar bola
pingpong
• • secawan air kosong
• • periuk tembikar dan sudip
Cara membuatnya:
Masukkan
jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang
putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campurkan
dengan perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga
menggelegak.
Cara menyapu jadam:
Biarkan
jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu,
sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan
kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya pakailah bengkung
supaya lebih kemas.

No comments:
Post a Comment